Pages

Tab 1.1
Tab 1.2
Tab 1.3
Tab 2.1
Tab 2.2
Tab 2.3
Tab 3.1
Tab 3.2
Tab 3.3

Sunday, August 1, 2010

3 more days...

3 hari ja lagi sebelum hari aku nikah..arini dah 2 aribulan..6 aribulan insyaAllah aku akan diijabkabulkan. Ada yang suruh aku ambil cuti ja, dieorg kata aku turun keja pun mesti dah tak fokus,hehe,,memang betul pun..sebenarnya 2,3 hari sebelum ni pun aku dah tak fokus dah nak wt kerja lain,kadang2 aku pun tak tahu apa yang aku fikir.gelabah? xcited? takut? hehe..tahla apa sebenarnya yang aku rasa, huhu..Jauh dalam hati aku sentiasa berdoa pada yang esa agar semuanya berjalan lancar,dipermudahkan segalanya dan tambahkan lagi iman aku setelah aku menunaikan salah satu kewajipan sebagai hambanya. Aku rasa banyak gak ujian dan dugaan yang aku terima sebelum nak nikah ni,tapi alhamdulillah ujian yang tuhan bagi ni aku rasa masih lagi boleh dihandle, lagipun kan tuhan dah janji,dia hanya akan uji yang mana dia tahu kita boleh handle jer.Semalam tiba2 aku rasa cam bengang ja dengan org yang handle aku nya pelamin,
mekap n baju pengantin,last2 minit baru nak bitau buat tu la,buat ni la.,masa awal2 x nak plak dia beritahu, dahla susah nak di 'kontek'. Kalau dia x angkat time kita call bukannya pandai nak call balik, macam la kita ni x da benda yang nak dibuat. Kalau ikutkan hati aku ni memang dah lama aku pecat dia..hahaha..tapi kang x psl2 plak aku bersanding pakai baju kemeja ja..haha. So setelah dipertimbangkan semasak-masaknya, x pa lah, tahan ja la kejap,x lama lagi dah,mungkin gak dia ni jenis yang dah nak berak baru nak korek lubang kot,org tua2 dulu kata la,bukan aku..hehe. Facebook! hehe..aku letak ja kt ruang status tu "3 more days" mula la byk yang komen,hehe..cam biasa la komen yang sememangnya membina,membina semangat dan jugak neves aku ni..haha.Hari minggu aritu aku rasa cam banyak gak aktiviti yang aku sempat buat dengan budak2 umah sewa aku,kiranya hari2 terakhir aku dengan dieorg la sebagai org bujang,huhu..dieorg belanja aku mkn,tgk wayang,round2 usha 'barang' hehe..main futsal. Kadang rasa cam sedih plak tinggal zaman bujang,tapi apa nak buat,ni kan salah satu kewajipan,lagipun x kan la kita nak duduk di satu takuk ja kan,mestilah nak ada perubahan sikit, insyaAllah mungkin ianya dapat lebih mematangkan lagi kita. Ehm satu lagi! kita juga mesti harus sedia sentiasa,setiap apa yang kita jumpa,mesti akan ada perpisahannya,so sama la dengan zaman fasa hidup kita. InsyaAllah aku akan masuk ke fasa yang lebih 'tough', mungkin tanggungjawab aku juga akan berganda2 lebihnya. Itulah antara benda yang aku paling takut, aku banyak berdoa agar aku dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah ini dengan sempurna berkat dari rahmat yang dia kurniakan.aminnnn..

No comments:

Post a Comment