Pages

Tab 1.1
Tab 1.2
Tab 1.3
Tab 2.1
Tab 2.2
Tab 2.3
Tab 3.1
Tab 3.2
Tab 3.3

Wednesday, July 28, 2010

Hampir dua jam bersama penjenayah


IPOH 27 Julai - Tempoh hampir dua jam semalam tidak mungkin dapat dilupakan Nurul Fatin Zulkifli dan adiknya Siti Haida, 6, seumur hidup mereka.Sepanjang tempoh itu, dua beradik tersebut terpaksa menahan ketakutan apabila berdepan tiga penjenayah yang melarikan kereta milik ibu bapanya yang sebelum itu berhenti di hadapan sebuah kedai gambar.Bagi Nurul Fatin, 17, dia terkejut apabila tiga lelaki tiba-tiba meluru masuk ke dalam kereta jenis Honda Accord milik bapanya, Zulkifli Ahmad, 48."Sejurus ibu bapa saya keluar dari kereta dan memasuki kedai gambar, tiga lelaki itu muncul dan melarikan kereta ayah.
"Salah seorang daripada lelaki itu yang duduk di kerusi belakang mencekik leher saya, menarik rambut saya supaya saya tidak membuat bising dan menoleh ke arah mukanya."Saya begitu takut kerana ketika itu, hanya saya dan adik berada dalam kereta," kata pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Panglima, Asam Kumbang, Taiping di sini hari ini.



Dalam kejadian itu, Nurul Fatin dan adiknya berada dalam kereta yang dipandu bapanya sebelum keluarga itu berhenti di hadapan sebuah kedai gambar di Jalan Sagor, Kuala Kangsar kira-kira pukul 9.20 malam tadi.
Sebaik sahaja Zulkifli yang merupakan Penolong Pegawai Pemerintah di 50 Rejimen Askar Jurutera Diraja Kem Bukit Higate, Kuala Lumpur masuk ke dalam kedai bersama isterinya, Fauziah Shafie, 44, kereta itu dilarikan penjenayah terbabit.Menurut Nurul Fatin, sepanjang tempoh dua jam itu dia diancam akan dicederakan oleh penjenayah tersebut sekiranya membuat bising.Bagaimanapun, kedua-dua beradik itu kemudian ditinggalkan di tepi jalan di Liman Kati, Kuala Kangsar, kira-kira 40 kilometer dari lokasi kereta mereka dilarikan, pukul 11 malam ini.Sementara itu, Zulkifli ketika dihubungi berkata, dia keluar bersama keluarganya untuk pergi ke kedai gambar di pekan Kuala Kangsar sebelum kejadian itu."Hanya dalam tempoh sekelip mata, saya nampak kereta saya yang diletakkan betul-betul di hadapan kedai dilarikan tiga penjenayah."Saya terus menghubungi IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kuala Kangsar dan menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) mengenai kejadian ini kepada semua rakan saya."Saya bersyukur kerana akhirnya, anak saya selamat dan tidak diapa-apakan. Namun, tangan kiri Fatin sedikit calar akibat dicengkam kuat dengan kuku," katanya yang berulang alik dari rumahnya di Taman Mewah, Kamunting ke ibu negara setiap hujung minggu.Berita mengenai kehilangan kenderaan Zulkifli itu turut disebarkan menerusi SMS dan laman-laman blog malam ini.Sementara itu, kereta milik Zulkifli yang telah dilarikan ditemui ditinggalkan di Rantau Panjang, Kelantan pada pukul 2.30 pagi ini."Saya ingin berterima kasih kepada semua pihak termasuk polis yang banyak membantu sehingga anak saya kembali ditemui," katanya.Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supritendan Abdul Ghaffar Muhammad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan polis sedang menyiasat kejadian tersebut.Polis turut mengedarkan gambar dua daripada tiga suspek yang terlibat dalam kejadian itu dan mereka kini sedang diburu.

No comments:

Post a Comment